Wednesday, 29 August 2018

PSS DARUL HIKMAH MENYAHUT CABARAN PSS ABAD 21



PSS Darul Hikmah telah berubah wajah 100% sebagai menyokong perjalanan PSS Abad 21 seiring dengan perkembangan PSS seluruh sekolah di Malaysia. Atas komitmen dan sokongan yang telah ditonjolkan , PSS Darul Hikmah telah dinobatkan sebagai PSS Terbaik Kategori SM Peringkat Daerah Dungun 2018. PSS Darul Hikmah telah diberi kepercayaan untuk membawa nama Daerah Dungun ke Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu (Kategori SM) bagi tahun 2018. 3 September 2018 PSS Darul Hikmah akan dinilai.  Semoga ada sinar kejayaan buat PSS Darul Hikmah. Amin

#PSSDarulHikmahDihatiku
#PSSDungunCemerlang

Tuesday, 7 August 2018

KHIDMAT BANTU APSSNT 2018


SMA Sultan Ismail Dungun telah terpilih mewakili Daerah Dungun dalam APSSNT 2018. Bagi bersama-sama membantu persediaan sekolah berkenaan, pihak PKG telah mengadakan khidmat bantu sebanyak dua kali iaitu siri pertama pada 17 dan 18 Julai 2018 manakala siri kedua pada 31 Julai dan 1 Ogos 2018. Khidmat bantu ini melibatkan 16 orang GPM sekolah ahli yang terpilih. Pihak sekolah  merakamkan jutaan terima kasih terutama kepada PKG Daerah Dungun dan JU PSS Daerah Dungun, Pn Hjh Salina bt Jumaah ( GPM SMKTIZ) serta semua GPM yang terlibat. Doakan kejayaan kami..Kami membawa nama Daerah Dungun..Dungun Cemerlang.
#PSS Ibnu Khaldun Cemerlang
# PSS Dihatiku.

Tuesday, 31 July 2018

Pengetua Baru
Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abdul Ghani
Beliau menggantikan pengetua sebelum ini iaitu Puan Hajah Anisah binti A Mubin yang telah bertukar ke SMKA Dato' Haji Abbas, Tok Jiring.
Sebelum ini Tuan Haji Ahmad Ridhuan berkhidmat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran juga di SMKA Dato' Haji Abbas.


Monday, 16 September 2013

penghakiman pss 2013 anjuran MAIDAM

Salam..
Alhamdulillah, selesai sudah penghakiman Pertandingan Pusat Sumber anjuran MAIDAM pada 3 September lalu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua unit yang terlibat dalam pertandingan tersebut. Walaupun penghakiman itu dilakukan ketika sekolah sibuk membuat persiapan akhir untuk MUSMAT akhir yang berlangsung di SMA Mahmudiah, para guru dan pengawas PSS yang terlibat tetap memberikan komitmen yang jitu dalam usaha memastikan PSS mencapai standard yang dikehendakki. Syabas dicapkan kepada semua yang terlibat..

PSS terkini...









Sunday, 17 March 2013

Hai...salam 2013!
Lame benor dok update status kat pss smasid ni.
Apa taknye...buke je sekolah terus pecut gear 4...menderum...laju benor.
Dok leh lawan nga Tinta Pena...dlm sibuk sibuk still leh baking tiramisu...huhuhu nak jugak.
Pagi tadi baru balik dr meeting nga PP sumber perihal perolehan buku...
Mulai bulan April till Oktober kena bersedia utk pertandingan PSS la pulok...cabaran nih!
Hari Rabu nga Khamis kena bertandang ke Sk Balai Besar untuk Khidmat Bantu anjuran PKG.
Terlepas la nak tengok result anak murid yang amik SPM tahun lepas..anyway...best of luck for you guys!

Saturday, 14 July 2012

HARI KOPERASI DAN HARI TERBUKA PSS 2012

Tarikh : 12 Julai 2012 ( Khamis)

Program dual sambutan yang julung kali diadakan disambut dengan meriah oleh seluruh warga SMASID.
Program bermula pada pukul 7.40 pg di dewan besar yang menumpukan kepada acara sambutan Hari Koperasi Sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan di dewan ialah Pembacaan ucapan menteri, pengetua, gimik perasmian (penanaman pokok), persembahan pelajar ( Speech Koir dan Kalam Jama'ie).
     Program diteruskan dengan acara jualan gerai dan lawatan ke unit2 PSS, bermula jam 11.00 pagi. Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh unit PSS ialah kuiz, teka silang kata, acara spontan, pengunjung bertuah dan banyak lagi. Secara keseluruhannya program ini berjaya kerana mendapat sokongan yang padu daripada pihak pentadbir, guru dan pelajar.