Saturday, 14 July 2012

HARI KOPERASI DAN HARI TERBUKA PSS 2012

Tarikh : 12 Julai 2012 ( Khamis)

Program dual sambutan yang julung kali diadakan disambut dengan meriah oleh seluruh warga SMASID.
Program bermula pada pukul 7.40 pg di dewan besar yang menumpukan kepada acara sambutan Hari Koperasi Sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan di dewan ialah Pembacaan ucapan menteri, pengetua, gimik perasmian (penanaman pokok), persembahan pelajar ( Speech Koir dan Kalam Jama'ie).
     Program diteruskan dengan acara jualan gerai dan lawatan ke unit2 PSS, bermula jam 11.00 pagi. Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh unit PSS ialah kuiz, teka silang kata, acara spontan, pengunjung bertuah dan banyak lagi. Secara keseluruhannya program ini berjaya kerana mendapat sokongan yang padu daripada pihak pentadbir, guru dan pelajar.

No comments:

Post a Comment