Wednesday 7 August 2019

KEDATANGAN KALIAN KAMI ALUKAN... HAKIM PENILAI APSSNT 2019



Kami Warga PSS Darul Hikmah mengalu-alukan kedatangan hakim penilai APSSNT 2019 ke sekolah kami... Semoga dengan kehadiran tuan akan mencambahkanlagi idea-idea untuk lebih cemerlangkan PSS kami... Semoga ada perkongsian yang menarik daripada tuan

Tuesday 6 August 2019

ANUGERAH NILAM ( IKON MEMBACA ) DAERAH DUNGUN 2019







Aspek kemenjadian murid telah terserlah melalui program NILAM yang diadakan diperingkat sekolah. Peserta SMASID telah mendapat Naib Johan Kategori Sekolah Menengah bagi Anugerah NILAM ( Ikon Membaca ) Daerah Dungun yang telah diadakan pada 6 Ogos 2019 bertempat di PKG Seri Dungun. Adik Zulaikha yang juga merupakan TOKOH IKON MEMBACA SMASID 2019 telah membuktikan membaca menjadi aspek utama dalam memberi impak kepada dirinya. PSS Baitul Hikmah mengucapkan tahniah dan semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar sekolah.

Sunday 21 July 2019

PROGRAM 'HAVE FUN WITH US'





Pada 18 Julai 2019, program ini adalah salah satu program galakan membaca (NILAM) bawah panitia Bahasa Inggeris. Program ini dijalankan dengan kerjasama PSS SMKKPJ, PPAT dan ETA. Program ini diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Seramai 5 orang pelajar SMASID telah terlibat dalam program ini. Tujuan program inni diadakan bagi memberi galakan membaca (Bahasa Inggeris )melalui permainan Bahasa kepada pelajar. Permainan yang diadakan   begitu menarik dan pelajar yang terlibat sangat seronok. 

Sunday 21 April 2019

PELANCARAN KEM GALAKAN MEMBACA 2019




Bagi menggalakkan aktiviti membaca pelajar, PSS telah mengadakan pelancaran kem membaca peringkat sekolah pada 22 April 2019. Selepas pelancaran, beberapa aktiviti pembacaan telah diadakan. pelajar tingkatan 1 juga telah didedahkan cara penulisan buku NILAM.Satu pelajar telah diberikan satu bahan bacaan dan satu bahan bukan buku. Pendedahan ini penting bagi memastikan rekod bacaan dicatat dengan lebih telus dan membantu sekolah dalam mencapai KPI Purata Bahan Bacaan yang tetah ditetapkan. Penerangan  cara pengisian telah disampikan oleh Pn Norhayati binti Bidin, PTP PKG Seri Dungun.Selain itu penyampaian hadiah pembaca terbanyak bagi bulan April  kepada guru yang berkenaan. program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMASID.

Tuesday 12 February 2019

PertandinganVideo Pendek Sempena Pameran Buku PPAT 2019 (Kepentingan Membaca)

Terima Kasih kepada Ustazah Asmaa' Syahirah dan pelajar 2 As Syatibi yang sporting kerana berjaya menyiapkan lakonan untuk pertandingan ini walaupun masa yang ada cukup terhad dek kerana kesibukan usatazah yang pergi berkursus. Semoga ada sinar menanti kita

https://www.youtube.com/watch?v=ycsGCgoC4FI

TAHUN BARU AZAM BARU

Assalam.
 Selamat Tahun baru 2019. Bermulanya sesi persekolahan maka bermulalah episod baru terutama PSS Darul Hikmah. Pelbagai program dan majlis telah berlangsung sejak dari bulan Disember 2018 sehinggalah ke tarikh ini...boleh dikatakan sentiasa ada program pada setiap hari ataupun minggu. Berikut adalah program yang telah berlangsung:

1. Ujian kelayakan kemasukan pelajar Tingkatan 1 - 10 Disember 2018
2. Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1- 30 Disember 2018
3. Pendaftaran Pelajar Tingkatan 2, 3 dan 4 - 31 Disember 2018
4. Orientasi pelajar Tingkatan 1
5.  Kejohanan Merentas Desa - 17 Januari
6. Majlis Pelancaran SUMUR
7. Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang - 27 Januari
8. Majlis Pesaraan Guru - 29 Januari
9. Kejohanan Bola Tampar dan Ping Pong MSSD





Program yang akan berlangsung dalam waktu yang terdekat ialah Kejohanan Merentas Desa anjuran JHEAT Bahagian Pendidikan yang akan berlangsung esok 14 Januari bertempat di SMA Maarif Besut dan Majlis Pelantikan Kepimpinan Sekolah pada Ahad 17 Januari ini.

Monday 3 September 2018

ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT NEGERI TERENGGANU KATEGORI SEKOLAH MENENGAH 2018


Hari ini saat yang ditunggu-tunggu telah tiba....Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu 2018. Tarikh bertuah 3 September 2018 ( Isnin) tiba giliran PSS Darul Hikmah  SMASID dinilai.. Pihak sekolah dan PSS Darul Hikmah mengalu-alukan kedatangan hakim penilai APSSNT 2018. Semoga penilaian hari ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Semoga ada sinar kejayaan untuk kami...Doakan kami...