
Bagi menggalakkan aktiviti membaca pelajar, PSS telah mengadakan pelancaran kem membaca peringkat sekolah pada 22 April 2019. Selepas pelancaran, beberapa aktiviti pembacaan telah diadakan. pelajar tingkatan 1 juga telah didedahkan cara penulisan buku NILAM.Satu pelajar telah diberikan satu bahan bacaan dan satu bahan bukan buku. Pendedahan ini penting bagi memastikan rekod bacaan dicatat dengan lebih telus dan membantu sekolah dalam mencapai KPI Purata Bahan Bacaan yang tetah ditetapkan. Penerangan cara pengisian telah disampikan oleh Pn Norhayati binti Bidin, PTP PKG Seri Dungun.Selain itu penyampaian hadiah pembaca terbanyak bagi bulan April kepada guru yang berkenaan. program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMASID.