Wednesday, 29 August 2018

PSS DARUL HIKMAH MENYAHUT CABARAN PSS ABAD 21



PSS Darul Hikmah telah berubah wajah 100% sebagai menyokong perjalanan PSS Abad 21 seiring dengan perkembangan PSS seluruh sekolah di Malaysia. Atas komitmen dan sokongan yang telah ditonjolkan , PSS Darul Hikmah telah dinobatkan sebagai PSS Terbaik Kategori SM Peringkat Daerah Dungun 2018. PSS Darul Hikmah telah diberi kepercayaan untuk membawa nama Daerah Dungun ke Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu (Kategori SM) bagi tahun 2018. 3 September 2018 PSS Darul Hikmah akan dinilai.  Semoga ada sinar kejayaan buat PSS Darul Hikmah. Amin

#PSSDarulHikmahDihatiku
#PSSDungunCemerlang

Tuesday, 7 August 2018

KHIDMAT BANTU APSSNT 2018


SMA Sultan Ismail Dungun telah terpilih mewakili Daerah Dungun dalam APSSNT 2018. Bagi bersama-sama membantu persediaan sekolah berkenaan, pihak PKG telah mengadakan khidmat bantu sebanyak dua kali iaitu siri pertama pada 17 dan 18 Julai 2018 manakala siri kedua pada 31 Julai dan 1 Ogos 2018. Khidmat bantu ini melibatkan 16 orang GPM sekolah ahli yang terpilih. Pihak sekolah  merakamkan jutaan terima kasih terutama kepada PKG Daerah Dungun dan JU PSS Daerah Dungun, Pn Hjh Salina bt Jumaah ( GPM SMKTIZ) serta semua GPM yang terlibat. Doakan kejayaan kami..Kami membawa nama Daerah Dungun..Dungun Cemerlang.
#PSS Ibnu Khaldun Cemerlang
# PSS Dihatiku.